Anak Malaysia potensi modal insan







Majlis Graduasi MRSM Kuala Klawang kali ke-20 telah berlangsung pada 5 November bertempat di Dewan Semarak MRSM Kuala Klawang yang di hadiri oleh Undang Luak Jelebu,Datuk Musa Wahab dan hadir sama,Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sembilan,Encik Abdullah Mohamad.

Pada Majlis Graduasi MRSM Kuala Klawang itu,seramai 193 pelajar menerima Sijil Graduasi MRSM iaitu 60 daripadanya adalah graduan kelas pertama,98 pelajar graduan kelas dua atas, dan selebihnya iaitu 35 pelajar graduan kelas dua bawah.

Tiga Graduan telah mendapat Anugerah Graduan terbaik iaitu Nursyahirah binti Ahmad Shukri Graduan terbaik Akademik,Eza Salwa binti Rohani Graduan Terbaik Kokurikulum, dan Norhafid bin Mohadi Graduan Terbaik Keseluruhan.

Undang Luak Jelebu,Datuk Musa Wahab berkata,anak-anak Malaysia yang dididik di MRSM Kuala Klawang perlu lebih yakin dan percaya terhadap kebolehan diri bagi memastikan mereka benar-benar bersedia menerajui kepimpinan negara suatu hari nanti.

Beliau amat berharap supaya pelajar MRSM Kuala Klawang akan dapat terus mencipta kejayaan demi kejayaan di dalam apa jua bidang yang mereka ceburi bagi mengharumkan nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi lagi.