Bubbles

Baca Bistari

PROGRAM BACA BESTARI
Program Baca Bestari merupakan sesuatu program penilaian pembacaan pelajar yang berterusan sepanjang tahun sehingga mereka tamat persekolahan. Program ini diwujudkan untuk memupuk tabiat membaca dikalangan pelajar dengan hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

OBJEKTIF PROGRAM BACA BESTARI
1. Menjadi pelajar yang suka membaca.
2. Menyemai tabiat membaca dikalangan pelajar.
3. Mewujudkan budaya ilmu dikalangan pelajar.

CARA-CARA PELAKSANAAN PROGRAM BACA BESTARI
1. Program Baca Bestari dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekali dalam seminggu.
2. Pelajar akan merekod maklumat-maklumat seperti tajuk buku, pengarang, penerbit dan juga pendapat mengenai buku yang dibaca didalam buku rekod bacaan.
3. Pelajar perlu menyerahkan rekod bacaan ini kepada Guru Media atau Staf PSP pada setiap hujung bulan untuk disemak.
4. Pelajar juga digalakkan untuk menambah bacaan dan merekodkan hasil bacaan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
5. Pelajar yang merekodkan bilangan bacaan terbanyak akan diumumkan sebagai pemenang.

Pengawas PSP

Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran adalah ditubuhkan sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab untuk membantu pihak maktab dalam menguruskan segala sumber maklumat yang terdapat di dalam Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan memberikan perkhidmatan kepada seluruh warga maktab. Segala sumber maklumat yang ada perlu dijaga dan diuruskan dengan baik supaya pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lebih selesa dan memberikan kepuasan kepada semua pengguna. Pelajar- pelajar yang berkelayakan akan dilantik bagi membantu pihak maktab untuk menjaga Unit-Unit Pusat Sumber Pembelajaran serta menjayakan aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan. Oleh itu, Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran berperanan merancang aktiviti dan perkhidmatan yang sesuai kepada semua warga maktab bagi memastikan penggunaan sumber dan perkhidmatan sentiasa berada didalam keadaan maksimum.


2. OBJEKTIF

a. Melahirkan pelajar berkualiti yang berintelek dan cemerlang sahsiahnya.
b. Menerapkan nilai kepimpinan dalam diri ahli Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran.
c. Membantu pihak pentadbiran dalam menguruskan Pusat Sumber Pembelajaran.
d. Mewujudkan perasaan kerjasama berpasukan agar organisasi kepimpinan yang dibentuk dapat berfungsi dengan berkesan.
e. Memupuk dan menyuburkan ‘budaya ilmu’ dan ‘budaya cemerlang’ dikalangan pelajar.
f. Memelihara dan mengukuhkan persefahaman, perpaduan dan hubungan kerjasama di antara pelajar dengan guru, kakitangan dan pentadbiran Maktab/ MARA amnya.



3. MISI

Melahirkan pengawas Pusat Sumber Maklumat yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.


4. MOTO

“PSP kondusif, pelajar progresif”


5. KRITERIA PEMILIHAN

Kriteria pemilihan calon pengawas Pusat Sumber Pembelajaran adalah berdasarkan kepada perkara berikut:-

a. Prestasi akademik yang cemerlang dengan PNG>2.0
b. Mempunyai pengalaman kepimpinan
c. Budipekerti dan sahsiah yang baik dan mulia.
d. Penampilan diri dan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.


6. PERLANTIKAN & SKOP TUGASAN

Pelajar yang berjaya dalam sesi temuduga akan dilantik memegang jawatan tertentu dalam Jawatankuasa Kerja Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran pada tahun berkenaan oleh Guru Media dengan skop tugasan seperti berikut

7. TUGAS-TUGAS

PRESIDEN

1. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengawas PSP.

2. Memimpin dan mengawasi pergerakan dan pentadbiran am Pengawas PSP.

3. Mengawasi tingkahlaku dan disiplin ahli Jawatankuasa Kerja Pengawas PSP dan ahli Jawatankuasa kecil yang berkenaan.

4. Bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti atau tindakan yang dilaksanakan atau diambil oleh Pengawas PSP.

5. Mendapatkan nasihat / pandangan dan memaklumkan kepada Guru Media dan Staff PSP tentang pentadbiran dan aktiviti Pengawas PSP.

NAIB PRESIDEN

1. Membantu Presiden dalam menjalankan tugas-tugasnya dari masa ke masa mengikut arahan Presiden.

2. Bertindak sebagai penasihat kepada Presiden dalam hal ehwal pentadbiran Pengawas PSP.

3. Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden dalam pentadbiran pengurusan Pengawas PSP.

SETIUSAHA / BENDAHARI
1. Bertanggungjawab memastikan semua pengawas PSP ada semasa perjumpaan diadakan.

2. Mencatat minit atau membuat laporan pengawas PSP.

3. Bertanggungjawab mengumpul duit untuk tabung pengawas PSP.


BIRO ICT
1. Bertanggungjawab dalam menguruskan unit ICT di Bilik Tayangan, Open Library dan Makmal Multimedia.

2. Menguruskan keceriaan di Bilik Tayangan, Open Library dan Makmal Multimedia.

3. Bertanggungjawab untuk menganjurkan sekurang-kurangnya satu aktiviti untuk pelajar.

4. Bertanggungjawab dalam menguruskan laman web PSP.
5. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden, Staff PSP dan Guru Media.


BIRO KOMUNIKASI
1. Bertanggungjawab membantu PSP dalam menyebarkan dan mengumpulkan maklumat tertentu demi kepentingan dan kebaikan pelajar keseluruhannya.

2. Bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat / pengumuman / mengedarkan risalah / berita yang terkini kepada pelajar.

3. Bertanggungjawab mempertingkatkan hubungan komunikasi di kalangan pelajar dengan Pihak PSP.

4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden, Staff PSP dan Guru Media.



BIRO PENERBITAN
1. Bertanggungjawab untuk menyediakan buletin / artikel / pamphlet untuk kegunaan PSP dan juga kemudahan dan informasi kepada pelajar.

2. Bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat /pengumuman / mengedarkan risalah / berita yang terkini kepada pelajar.

3. Bertanggungjawab mempertingkatkan hubungan komunikasi di kalangan pelajar dengan pihak PSP.

4. Setiap unit biro bertanggungjawab untuk menganjurkan sekurang-kurangnya satu aktiviti untuk pelajar.
5. Bertanggungjawab untuk mencari maklumat-maklumat dan gambar untuk dimasukkan ke dalam buletin / artikel / pamphlet.

6. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden, Staff PSP dan Guru Media.

7. Bertanggungjawab untuk menguruskan Program Baca Bestari.

BIRO KEBAJIKAN
1. Bertanggungjawab mengawasi kebajikan pelajar dan pengawas PSP.

2. Bertanggungjawab mengawasi keceriaan PSP dan menguruskan agar PSP sentiasa berada di dalam keadaan yang kemas, bersih dan teratur.

3. Setiap unit biro bertanggungjawab untuk menganjurkan sekurang-kurangnya satu aktiviti untuk pelajar / pengawas PSP.
4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden, Staff PSP dan Guru Media.

5. Bertanggungjawab supaya tiada pelajar yang lewat memulangkan buku. Sekiranya ada pelajar yang lewat memulangkan buku lebih 3 hari, biro bertanggungjawab mencari pelajar tersebut.