Majlis Sumbangan Buku Kepada PSP


Majlis Sumbangan Buku kepada PSP telah diadakan pada 16 Ogos 2010. Majlis ini bertujuan untuk menambahkan lagi koleksi buku-buku yang ada di PSP. Pada majlis yang ringkas itu,sejumlah 140 buah buku telah berjaya dikumpulkan untuk disumbangkan kepada pihak PSP.






Wakil pihak pengurusan dan Ketua Jabatan menyampaikan sumbangan kepada Tuan Pengetua


Sumbangan daripada Presiden Homeroom Tingkatan 1 & 2

Nostalgia Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Kuala Klawang (2003)

Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Kuala Klawang (2003)sebelum berpindah ke bangunan baru. Video ini dihasilkan menggunakan kamera digital Sony.. Pada masa itu guna disket .... satu disket bolehlah muat 15 saat video... dan inilah hasilnya..

Bubbles

Baca Bistari

PROGRAM BACA BESTARI
Program Baca Bestari merupakan sesuatu program penilaian pembacaan pelajar yang berterusan sepanjang tahun sehingga mereka tamat persekolahan. Program ini diwujudkan untuk memupuk tabiat membaca dikalangan pelajar dengan hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

OBJEKTIF PROGRAM BACA BESTARI
1. Menjadi pelajar yang suka membaca.
2. Menyemai tabiat membaca dikalangan pelajar.
3. Mewujudkan budaya ilmu dikalangan pelajar.

CARA-CARA PELAKSANAAN PROGRAM BACA BESTARI
1. Program Baca Bestari dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekali dalam seminggu.
2. Pelajar akan merekod maklumat-maklumat seperti tajuk buku, pengarang, penerbit dan juga pendapat mengenai buku yang dibaca didalam buku rekod bacaan.
3. Pelajar perlu menyerahkan rekod bacaan ini kepada Guru Media atau Staf PSP pada setiap hujung bulan untuk disemak.
4. Pelajar juga digalakkan untuk menambah bacaan dan merekodkan hasil bacaan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
5. Pelajar yang merekodkan bilangan bacaan terbanyak akan diumumkan sebagai pemenang.